Minggu, 02 Oktober 2016

WAJIB BACA LAKI-LAKI MAUPUN PEREMPUAN 10 Ciri ciri lelaki idaman wanita,

Adakah anda memiliki ciri ciri lelaki yang menjadi idaman para wanita kat luar sana Selain memiliki wajah yang tampan wanita juga mengidamkan lelaki yang mempunyai ciri ciri idaman seperti berikut 10, Ciri lelaki idaman wanita


.1. Lelaki Yang Prihatian yaitu mendengar dengan teliti apa yang wanita cakap bukan dengar dengan masuk telinga kiri keluar telinga kanan kerana cara mendengar begitulah yang biasanya mendorong kaum perempuan jadi suka berleter.



2. Lelaki Yang Menjadi PenawarIaitu yang rajin dan pandai memberikan kata-kata keramat untuk menjadi penawar hati wanita, walaupun kurang rupa tidak mengapa, yang penting kaum perempuan ni sentiasa menghadapi kemungkinan untuk ditimpa sakit dari sakit mata sampai sakit jiwa raga, jadi hatinya amat perlu dijaga dan hanya kata-kata manis di mana susunan nahunya yang datang dari mulut lelaki akan menjadi penawar segala bisa.

3. Lelaki Yang Memberi Kebebasan SewajarnyaKebebasan tu bukan kebebasan yang melanggar batas-batas hukum, tapi memberi kebebasan yang berupa hak. Contohnya bila berada di dalam kedai perabot, kaum perempuan suka membeli barangan yang dikehendaki dan kadang-kadang yang tidak perlu. Jika hendak melarang sekalipun, tegurlah secara baik.

4. Lelaki Yang Berhati-HatiIaitu berhati-hati dan tidak senang-senang saja untuk mengeluarkan kritikan terutama tentang masakan. Sebab, apabila kaum perempuan itu memasak, mereka bukanlah memasak untuk dikritik atau dikomen itu dan ini. Jadi, biarkanlah mereka sendiri yang mengaku makanan itu tak sedap. Lama-lama nanti pandailah dia memasak dengan baik.

5. Lelaki Yang WangiIni adalah seimbang dengan fitrah kaum perempuan yang memang diciptaan Allah sebagai makhluk yang cenderung kepada kecantikan dan kebersihan. Oleh itu, kaum lelaki wajar memberi perhatian akan perkara ini. Jagalah fizikal anda seperti, memotong kuku dengan
sempurna, memakai wangian, jangan membuang baju kotor di merata tempat, merapikan misai dan janggut.

 6. Lelaki Yang PemurahDalam erti kata yang lain, lelaki yang pemurah adalah yang sentiasa rela dan redha menyerahkan wang ke tangan perempuan. Bukan untuk dikuasai, tapi inilah cara paling baik untuk kaum perempuan. Paling penting langkahnya pun tidaklah terlalu panjang dan matanya pun tidaklah terlalu liar untuk memandang perempuan-perempuan lain.

7. Lelaki Yang Tidak KisahIaitu lelaki yang tidak ambil kisah sangat samada kaum perempuan ni nak memasak ke, nak membasuh ke, nak mengemas atau pun tidak bila di rumah tu. Malah, lelaki yang masuk dalam kategori lelaki tidak kisah ini adalah kaum lelaki yang memberi kelonggaran sepenuhnya kepada isterinya untuk menjadikan kedai makan sebagai dapur nombor dua mereka.

8. Lelaki Yang Memberi Sokongan PaduInilah ciri-ciri lelaki yang amat diidamkan perempuan. Sokongan padu mereka adalah sokongan padu yang amat padat kepada kaum perempuan untuk memanjangkan masa-masa bersidang mereka dengan teman-teman atau jiran tentangga. Apabila mereka mula bersidang, lelaki yang menyokong dengan sepenuh hati tidak sesekali akan bertindak tegas atau mengacau biarpun perut mereka waktu itu sudah berkeroncong, mereka pandai membawa diri dan perut sendiri tanpa perlu menyusahkan isteri. Sungguh bertuah wanita yang memiliki lelaki sebegini.

9. Lelaki Yang Cintakan KedamaianApabila seseorang lelaki itu bersifat cintakan damai, maka tenanglah hidup mereka bersama wanita pilihan. Contohnya, tidaklah lagi akan kedengaran perbalahan atau undian balik kampung siapa di musim-musim raya. Lelaki begini amat memahami dan sedar bahawa isterinya telah bertungkus-lumus menjaga anak dan jaga rumah jadi, sentiasa balik kampung isteri adalah hadiah terbaik. Cukuplah setengah hari setahun aje balik kampung sendiri, daripada tak balik langsung dan daripada bergaduh lebih baik beralah.

10. Lelaki Yang Menyerahkan Kuasa VetonyaInilah ciri lelaki yang menjadi buruan kaum perempuan. Jika mereka sanggup menyerahkan kuasa veto ke tangan wanita, mereka akan menjadi lebih macho dan hensem daripada Brat Pitt atau Nicholas Cage di mata wanita. Kuasa Veto yang diserahkan itu adalah kuasa veto untuk menentukan sama ada lelaki yang jadi suami mereka tu boleh pasang 2,3,4 atau tidak. Selain itu wanita juga diberi kuasa veto untuk menentukan siapa kawan-kawan suami mereka, ini untuk pastikan suami tak terikut-ikut perangai yang tak elok. Dengan kuasa veto ini juga bererti kaum wanita berhak sepenuhnya untuk meminta kaum lelaki membuat karangan bertajuk “BILA DAN DI MANA SAYA BERADA HARI INI” setiap kali mereka berhadapan dengan isteri , tunangan atau kekasih mereka

Share on Facebook
Share on Twitter
Share on Google+

Related : WAJIB BACA LAKI-LAKI MAUPUN PEREMPUAN 10 Ciri ciri lelaki idaman wanita,

Comments
0 Comments

0 komentar:

Posting Komentar